Berhati-hatilah apabila orang yang jahil dalam disiplin ilmu dan kemudian berani menulis dan berfatwa seperti seorang ulamak, mempergunakan nama salafussoleh dan menipu pula kepada orang awam.
Ada satu pos yang direka oleh wahhabi untuk meracuni orang awam di facebook berbunyi :
Orang kata Wahhabi ialah mereka yang enggan berdoa dan berzikir dengan suara yang kuat dan dilakukan secara beramai-ramai selepas solat berjemaah. Jika demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie dan para ulamak bermazhab Syafie seperti Imam al-Nawawi, Ibn Hajar al-Haitsami, Syeikh Zainuddin ‘Abd al-‘Aziz asy-Syafie, al-Imam al-Baihaqi asy-Syafie dan selainnya. Ini kerana mereka tidak pernah mengajarkan demikian dalam kitab-kitab mereka. Sebaliknya hanya membolehkan berzikir berjemaah (baca: bukan doa) dalam konteks mengajar makmum sahaja, bukan selalu. – Lihat kitab al-Umm, at-Tahqiq, Minhaj ath-Thalibin, Tuhfat al-Muhtaj bi Syarah al-Minhaj, Fath al-Bari, Fath al-Mu’in dan Sunan al-Kubra al-Baihaqi.
Jawapan :Penulis ini hanya berani menulis 'ORANG KATA'. Timbul persoalan, siapa yang berkata ? Atau sebenarnya adalah rekaan penulis bervirus wahhabi ini untuk mengelabui/menipu orang awam yang tidak mendalami mazhab asy Syafie ?
Seterusnya penulis ini hanya menulis nama-nama ulamak dan kitab dalam mazhab asy syafie tanpa menukilkan perkataan ulamak ini.
Kasihan, ada pula yang mudah terpengaruh tanpa berfikir panjang sebelum menyebarkan pos ini kepada orang lain ?

1. Mari kita semak perkataan Imam An Nawawi dan Imam Ibnu Hajar mengenai zikir berjemaah dengan kuat selepas solat :
Kata-kata Imam al-Nawawi Rahimahullah berkaitan hadith Ibn Abbas:
Ini dalil terhadap apa yang dipegang oleh sebahagian ulama Salaf iaitu disunatkan meninggikan suara dengan zikir al-takbir (Allahu akbar) dan zikir-zikir lain selepas solat fardhu.
Manakala ulama mutaakhirin yang turut menghukumkannya sunnah ialah Ibn Hazam al-Zahiri.
Imam al-Nawawi menambah lagi:
"Katanya: (Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Ma'bad kemudian dia menafikannya) pada menjadikannya hujah (dalil) oleh Muslim dengan hadith ini, merupakan bukti bahawa dia (Imam Muslim) berpegang sahihnya hadith (Ibn 'Abbas) ini walaupun dinafikan oleh perawi asalnya, kerana yang merawikannya itu thiqah (diyakini). Ini merupakan mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh". (Tamat nukilan dari kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237).
Maksud yang sama dihuraikan oleh Imam Ibn Hajar al-'Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 2, hal. 260).
Jadi, pernyataan Imam An Nawawi dan Imam Ibnu Hajar al Asqolani tidak pernah mengajarkan zikir berjemaah secara kuat lepas solat dalam kitabnya adalah DUSTA !
2. Penulis yang dijangkiti virus wahhabi juga menggunakan nama Imam Asy Syafie dengan mengatakan juga zikir berjemaah selepas solat tidak pernah diajar dalam kitab al Umm ?
Mari kita semak kitab al Umm :
Dan al-Syafie berkata lagi: "Dan mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang aku nyatakan, secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Dan aku memilih untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap". (Tamat petikan dari Kitab al-'Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242)
Ulasan :
Imam asy Syafie mengatakan zikir samada kuat ataupun senyap atau selain keduanya adalah BAIK. Dan Imam Asy Syafie MEMILIH untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap.
Nampaknya Imam Asy Syafie tidak pula menyalahkan jika ada zikir berjemaah secara kuat selepas solat kerana menurut beliau ia adalah BAIK.
Kesimpulan :
Penulis di atas telah melakukan 3 pembohongan atas nama Imam Asy Syafie dan ulamak muktabar dalam mazhab Asy Syafie. Jika inipun mereka berani melakukan pendustaan. Apatah lagi tulisannya yang lain ?
Ustaz Zamihan Al-Ghari

No comments:
Post a Comment