Pages

Sunday, 24 March 2013

Istilah sains dalam produk yang mengandungi unsur babi



1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Kisah Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid

Seorang pemuda bangun awal pagi untuk solat Subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.
Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.

Berhati-hatilah

Berhati-hatilah apabila orang yang jahil dalam disiplin ilmu dan kemudian berani menulis dan berfatwa seperti seorang ulamak, mempergunakan nama salafussoleh dan menipu pula kepada orang awam.
Ada satu pos yang direka oleh wahhabi untuk meracuni orang awam di facebook berbunyi :

Orang kata Wahhabi ialah mereka yang enggan berdoa dan berzikir dengan suara yang kuat dan dilakukan secara beramai-ramai selepas solat berjemaah. Jika demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie dan para ulamak bermazhab Syafie seperti Imam al-Nawawi, Ibn Hajar al-Haitsami, Syeikh Zainuddin ‘Abd al-‘Aziz asy-Syafie, al-Imam al-Baihaqi asy-Syafie dan selainnya. Ini kerana mereka tidak pernah mengajarkan demikian dalam kitab-kitab mereka. Sebaliknya hanya membolehkan berzikir berjemaah (baca: bukan doa) dalam konteks mengajar makmum sahaja, bukan selalu. – Lihat kitab al-Umm, at-Tahqiq, Minhaj ath-Thalibin, Tuhfat al-Muhtaj bi Syarah al-Minhaj, Fath al-Bari, Fath al-Mu’in dan Sunan al-Kubra al-Baihaqi.

Jawapan :Penulis ini hanya berani menulis 'ORANG KATA'. Timbul persoalan, siapa yang berkata ? Atau sebenarnya adalah rekaan penulis bervirus wahhabi ini untuk mengelabui/menipu orang awam yang tidak mendalami mazhab asy Syafie ?
Seterusnya penulis ini hanya menulis nama-nama ulamak dan kitab dalam mazhab asy syafie tanpa menukilkan perkataan ulamak ini.
Kasihan, ada pula yang mudah terpengaruh tanpa berfikir panjang sebelum menyebarkan pos ini kepada orang lain ?
1. Mari kita semak perkataan Imam An Nawawi dan Imam Ibnu Hajar mengenai zikir berjemaah dengan kuat selepas solat :