1. PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan Seminar Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) pada 3 hingga 5 Mac 2004. Seminar ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada bulan April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat-peringkat.
2. KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program inimenggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;
b. khatam al-Quran;
c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan
d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.
4. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
4.1 Kepentingan Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun Satu. Laporan pemantauanmengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.
4.2 Kepentingan Khatam al-Quran
Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbinganberterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqi danmusyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidikan Islam pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.
4.3 Kepentingan Bahasa Arab
Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.
4.4 Kepentingan Fardhu Ain
Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat.
5. MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF
Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al Quran Peringkat antarabangsa Kali ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut tentang khatam al Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan Seminar Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) pada 3 hingga 5 Mac 2004. Seminar ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada bulan April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat-peringkat.
2. KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program inimenggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;
b. khatam al-Quran;
c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan
d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.
4. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
4.1 Kepentingan Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun Satu. Laporan pemantauanmengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.
4.2 Kepentingan Khatam al-Quran
Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbinganberterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqi danmusyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidikan Islam pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.
4.3 Kepentingan Bahasa Arab
Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.
4.4 Kepentingan Fardhu Ain
Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat.
5. MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF
Untuk pelaksanaan 2005 lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut:
Konsep Projek Rintis j-QAF:
Takrif
Projek Rintis j-QAF bermaksud pelaksanaan model-model j-QAF yang terpilih secara ujikaji bagi suatu jangkamasa pendek bertujuan menentukan kesesuaian pelaksanaan secara lebih menyeluruh mulai tahun 2005. Ia bertujuan mengenal pasti masalah, kekuatan dan kelemahan, implikasi serta cara-cara mengatasinya dan cadangan pelaksanaannya. Pelaksanaan projek rintis akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara selama tiga bulan atau 12 minggu pengajaran dan pembelajaran mulai April hingga Julai 2004.
Model-Model j-QAF Untuk Projek Rintis
Model-model j-QAF yang akan dirintis adalah seperti berikut:
a. Jawi
- Model Kelas Pemulihan Jawi
b. Khatam al-Quran
- Model Tasmik
- Model Enam Bulan
c. Bahasa Arab
- Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi
d. Fardhu Ain
- Model Bestari Solat.
Pendedahan
Pendedahan pelaksanaan perlu diberikan sebelum melaksanakan projek rintis ini. Pendedahan ini dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu peringkat pusat, peringkat negeri, dan peringkat sekolah. Di peringkat pusat peserta pendedahan adalah seperti berikut:
Bil Jawatan Jumlah
i Ketua-ketua Sektor SPPIM 15 orang
ii Penolong-penolong Pengarah Kurikulum SPPIM 15 orang
iii Pegawai-pegawai Khas Bahasa Arab SPPIM 5 orang
Jumlah 35 orang
Di peringkat negeri pendedahan diberikan kepada Penyelia Pendidikan Islam, Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan semua guru Pendidikan Islam di sekolah projek rintis. Bilangan minima peserta bagi sesi pendedahan sesebuah negeri adalah seperti berikut :
Bil Jawatan Jumlah
I Guru Besar dan PK Pentadbiran X 2 sekolah 4 orang
ii Guru Pendidikan Islam / Guru Bahasa Arab X 2 sekolah 10 orang
iii Penyelia Pendidikan Daerah 2 orang
Jumlah 16 orang
Di peringkat sekolah pula Guru Besar perlu memberi pendedahan kepada pembimbing al-Quran di kalangan guru al-Quran sama ada dalam masyarakat atau warga sekolah tentang tugas membimbing dan merekod bacaan murid. Oleh itu pihak sekolah perlu mengenal pasti pembimbing-pembimbing tersebut.
Sekolah Yang Terlibat Dengan Projek Rintis
Projek rintis akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara. Setiap negeri akan melaksanakan projek rintis di dua buah sekolah; sebuah di bandar dan sebuah di luar bandar. Secara keseluruhan projek rintis ini melibatkan murid Islam tahun dua manakala model Bahasa Arab sahaja yang melibatkan murid tahun satu. Berikut disertakan senarai sekolah mengikut negeri dan taburan model bagi setiap sekolah:
Bahan Pengajaran Projek RintisBahan-bahan pengajaran yang diperlukan di dalam pelaksanaan projek rintis j-QAF adalah seperti berikut:
1. Jawi
- Permainan Tenteng
- Permainan Sahibba
- Kad Huruf
- Permainan Pancing
- Permainan Kereta Api
- Permainan Boling
- Kaset Nasyid Jawi2. Khatam al-Quran
- Mushaf al-Quran
- Buku Rekod3. Bahasa Arab
- Buku Teks
- Buku Latihan dan Aktiviti Murid
Penyelarasan
Model Integrasi dan model Kelas Khas al-Quran bagi program khatam al-Quran, model PAFA-KAFA dan model kombinasi j-QAF bagi program fardhu ain akan dilaksanakan di fasa lain berdasarkan persetujuan daripada semua pihak yang terlibat. Perkara ini perlu mendapat persetujuan dan penyelarasan terlebih dahulu daripada pihak JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan Yayasan Agama Negeri kerana melibatkan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran di sebelah petang. Selain itu murid-murid yang sama mengikuti kelas-kelas agama yang dikelolakan oleh pihak-pihak tersebut di atas.
Keperluan Tenaga Pengajar
Bagi melaksanakan Projek Rintis, tambahan guru tidak diperlukan. Walau bagaimanapun bantuan daripada guru-guru mata pelajaran lain yang berkebolehan adalah diperlukan. Begitu juga bantuan guru-guru al-Quran dalam masyarakat setempat terutama dalam pelaksanaan model tasmik bagi khatam al-Quran.
Pemantauan
Bagi memastikan Projek Rintis berjalan sebagaimana yang dirancang dan mencapai matlamatnya proses pemantauan akan dijalankan seperti berikut:
a. model Kelas Pemulihan Jawi;
b. model Tasmik;
c. model 6 bulan Khatam al-Quran;
d. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi;
e. model Bestari Solat (kokurikulum).
Pengukuhan program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan aktiviti seperti berikut;
a. Kelab Seni Tulisan Jawi;
b. Kem Bina Juara;
c. Ihtifal Khatam al-Quran;
d. Kem Literasi al-Quran; dan
e. Persatuan Bahasa Arab.
6. MODEL-MODEL j-QAF
6.1 Model Kelas Pemulihan Jawi
Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah denganmenggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolahdengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
6.2 Model Khatam Al-Quran
Model-model khatam al-Quran diperjelaskan dalam buku Panduan Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model 6 Bulan dan buku Panduan Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model Tasmik.
6.2.1 Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.
6.2.2 Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian, keupayaan murid dan waktu guru tasmik yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yangberkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah6.3 Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan dan murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.
6.4 Model Bestari Solat
Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dandimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.
7. PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2005 sehingga 2010 dengan unjuran pelaksanaannya seperti dinyatakan dalam jadual 1. Bagi maksud ini sebanyak 1221 buah sekolah akan terlibat pada tahun 2005. Adalah dijangka pada tahun 2010 bilangan sekolah akan menjadi sebanyak 7835 buah.
7.1 UNJURAN PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH RENDAH
Jadual 1
Tahun
|
2005
|
2006
|
2007
|
2008*
|
2009*
|
2010*
|
Peringkat
penyertaan
| ||||||
Tahun 1
|
1221
|
1235
|
1247
|
827
|
766
|
762
|
Tahun 2
|
1221
|
1235
|
1247
|
827
|
766
| |
Tahun 3
|
1221
|
1235
|
1247
|
827
| ||
Tahun 4
|
1221
|
1235
|
1247
| |||
Tahun 5
|
1221
|
1235
| ||||
Tahun 6
|
1221
| |||||
Bilangan
penyertaan
|
1221
|
2456
|
3703
|
4530
|
5296
|
6058
|
* Unjuran baru oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
7.2 GURU j-QAF
Jawatan guru j-QAF diwujudkan bagi pelaksanaan program j-QAF. Unjuran bilangannya seperti dalam jadual berikut:
UNJURAN BILANGAN GURU j-QAF DI SEKOLAH RENDAH
Tahun
|
2005
|
2006
|
2007
|
2008
|
2009
|
2010
|
Bilangan guru
| ||||||
Tahun 1
|
3663
|
3705
|
3741
|
3780
|
3819
|
4797
|
Tahun 3
(Tambahan
guru)
|
1221
|
1235
|
1247
|
1260
| ||
Tahun 3
(Tambah 1 guru
bahasa Arab)
|
1221
|
1235
|
1247
| |||
Jumlah Kumulatif
Guru j-QAF
|
3663
|
7368
|
12330
|
18566
|
24867
|
32171
|
7.3 SASARAN
Sasaran program ini ialah murid-murid di Sekolah Rendah. Mulai tahun 2005 semua murid Tahun 1 di sekolah-sekolah yang terpilih akan melaksanakannya terlebih dahulu. Murid-murid yang lain akan meneruskan pembelajaran sedia ada dan dilibatkan dalam Ihtifal Khatam al-Quran bersama-sama murid Tahun 1. Sebanyak 1221 buah sekolah dengan 4,861 buah kelas dan seramai 141,725 orang murid akan terlibat pada tahun 2005. Pada tahun 2006 jumlah sekolah yang melaksanakan program j-QAF ialah 1,235 buah sekolah yang melibatkan seramai kira-kira 93,783 murid.
7.4 PENJADUALAN
7.4.1 Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama Tahun Satu jawi diajar selama 2 waktu seminggu. Selepas itu ia diajar selama 1 waktu seminggu pada 6 bulan kedua Tahun Satu dan keseluruhan Tahun Dua hingga Tahun Enam dan dirumuskan seperti jadual berikut:
AGIHAN WAKTU PEMULIHAN JAWI
Tahun
|
6 bulan pertama
|
6 bulan kedua
|
Tahun 1
|
2 waktu seminggu
|
1 waktu seminggu
|
Tahun 2
|
1 waktu seminggu
| |
Tahun 3
|
1 waktu seminggu
| |
Tahun 4
|
1 waktu seminggu
| |
Tahun 5
|
1 waktu seminggu
| |
Tahun 6
|
1 waktu seminggu
|
7.4.2 Bagi Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi ia akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di SK pada masa ini, iaitu selama dua waktu seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi.
7.4.3 Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan waktu PI sebanyak 4 masa dalam tempoh 6 bulan pertamaTahun Satu hingga Tahun Enam. Pada masa yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan meneruskan kaedah IQRA’. Pada
6 bulan kedua Asuhan Tilawah al-Quran menggunakan 3 waktu untuk Tahun Satu dan 2 waktu pada Tahun Dua hingga Tahun Enam dan dirumuskan seperti jadual berikut:
AGIHAN WAKTU KHATAM AL-QURAN DAN ASUHAN TILAWAH AL-QU RAN
Tahun
|
6 bulan pertama
(Khatam al-Quran)
|
6 bulan kedua
(Asuhan Tilawah
al-Quran)
|
Tahun 1
|
4 waktu seminggu
|
3 waktu seminggu
|
Tahun 2
|
4 waktu seminggu
|
2 waktu seminggu
|
Tahun 3
|
4 waktu seminggu
|
2 waktu seminggu
|
Tahun 4
|
4 waktu seminggu
|
2 waktu seminggu
|
Tahun 5
|
4 waktu seminggu
|
2 waktu seminggu
|
Tahun 6
|
4 waktu seminggu
|
2 waktu seminggu
|
7.4.4 Bagi Model Tasmik pelaksanaannya adalah di luar jadual waktu persekolahan.
7.4.5 Model Bestari Solat akan dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. Ia dilaksanakan 4 kali setahun.
7.5 LATIHAN GURU
Urusan latihan perguruan dan pengambilan guru-guru pelatih j-QAF dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru j-QAF, Kementerian Pelajaran akan mengadakan latihan kepada mereka dari semasa ke semasa di dalam dan luar negara.
7.6 PENGIKTIRAFAN
Pihak KPM akan mengadakan satu program pengukuhan kepada program j - QAF sebagai satu cara memberi galakan dan pengiktirafan kepada guru, murid dan masyarakat. Program tersebut dinamakan dengan Ihtifal Khatamal-Quran Sekolah-Sekolah. Program ini akan diadakan di semua peringkat; sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
7.7 BAHAN DAN KEMUDAHAN
Bahan-bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum program j-QAF, buku panduan pelaksanaan model-model pengajaran j-QAF, dan bahan-bahan contoh untuk pengajaran dan pembelajaran Kelas Pemulihan Jawi. Selain itu mushaf al-Quran, buku dan CD Iqra’, Buku Rekod Bacaan, buku aktiviti jawi, buku teks Bahasa Arab Komunikasi, buku aktiviti Bahasa Arab, bahan bantu belajar pemulihan jawi, perisian komputer bagi keempatempat komponen j-QAF, bahan-bahan bacaan tambahan, tafsir al-Quran, kamus bahasa Arab, buku latihan khat Jawi, makmal j-QAF bilik khas j-QAF dan peralatan ICT amat diperlukan bagi pengukuhan dan pengayaan program j-QAF supaya keberkesanannya berterusan.
7.8 PENTAKSIRAN
Pentaksiran berasaskan sekolah wajar dilaksanakan kepada program j-QAF. Pihak sekolah hendaklah menyediakan sijil khas yang akan diselaraskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
7.9 PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN
Pegawai-pegawai j-QAF peringkat pusat dan negeri akan menjalankan pemantauan secara berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program ini. Laporan pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.
7.10 PELAKSANAAN DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas akan dilibatkan dalam program j-QAF. Kertas perancangan secara khusus telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan serta kemudahan-kemudahan lain.
8. PENUTUP
Adalah menjadi harapan KPM agar para pendukung j-QAF memahami hasrat pro-gram ini dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. j-QAF boleh berfungsi sebagai tonggak baru dalam memperkasakan Pendidikan Islam untuk membina jati diri insan mukmin di samping merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Islam dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Konsep Projek Rintis j-QAF:
Takrif
Projek Rintis j-QAF bermaksud pelaksanaan model-model j-QAF yang terpilih secara ujikaji bagi suatu jangkamasa pendek bertujuan menentukan kesesuaian pelaksanaan secara lebih menyeluruh mulai tahun 2005. Ia bertujuan mengenal pasti masalah, kekuatan dan kelemahan, implikasi serta cara-cara mengatasinya dan cadangan pelaksanaannya. Pelaksanaan projek rintis akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara selama tiga bulan atau 12 minggu pengajaran dan pembelajaran mulai April hingga Julai 2004.
Model-Model j-QAF Untuk Projek Rintis
Model-model j-QAF yang akan dirintis adalah seperti berikut:
a. Jawi
- Model Kelas Pemulihan Jawi
b. Khatam al-Quran
- Model Tasmik
- Model Enam Bulan
c. Bahasa Arab
- Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi
d. Fardhu Ain
- Model Bestari Solat.
Pendedahan
Pendedahan pelaksanaan perlu diberikan sebelum melaksanakan projek rintis ini. Pendedahan ini dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu peringkat pusat, peringkat negeri, dan peringkat sekolah. Di peringkat pusat peserta pendedahan adalah seperti berikut:
Bil Jawatan Jumlah
i Ketua-ketua Sektor SPPIM 15 orang
ii Penolong-penolong Pengarah Kurikulum SPPIM 15 orang
iii Pegawai-pegawai Khas Bahasa Arab SPPIM 5 orang
Jumlah 35 orang
Di peringkat negeri pendedahan diberikan kepada Penyelia Pendidikan Islam, Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan semua guru Pendidikan Islam di sekolah projek rintis. Bilangan minima peserta bagi sesi pendedahan sesebuah negeri adalah seperti berikut :
Bil Jawatan Jumlah
I Guru Besar dan PK Pentadbiran X 2 sekolah 4 orang
ii Guru Pendidikan Islam / Guru Bahasa Arab X 2 sekolah 10 orang
iii Penyelia Pendidikan Daerah 2 orang
Jumlah 16 orang
Di peringkat sekolah pula Guru Besar perlu memberi pendedahan kepada pembimbing al-Quran di kalangan guru al-Quran sama ada dalam masyarakat atau warga sekolah tentang tugas membimbing dan merekod bacaan murid. Oleh itu pihak sekolah perlu mengenal pasti pembimbing-pembimbing tersebut.
Sekolah Yang Terlibat Dengan Projek Rintis
Projek rintis akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara. Setiap negeri akan melaksanakan projek rintis di dua buah sekolah; sebuah di bandar dan sebuah di luar bandar. Secara keseluruhan projek rintis ini melibatkan murid Islam tahun dua manakala model Bahasa Arab sahaja yang melibatkan murid tahun satu. Berikut disertakan senarai sekolah mengikut negeri dan taburan model bagi setiap sekolah:
Bahan Pengajaran Projek RintisBahan-bahan pengajaran yang diperlukan di dalam pelaksanaan projek rintis j-QAF adalah seperti berikut:
1. Jawi
- Permainan Tenteng
- Permainan Sahibba
- Kad Huruf
- Permainan Pancing
- Permainan Kereta Api
- Permainan Boling
- Kaset Nasyid Jawi2. Khatam al-Quran
- Mushaf al-Quran
- Buku Rekod3. Bahasa Arab
- Buku Teks
- Buku Latihan dan Aktiviti Murid
Penyelarasan
Model Integrasi dan model Kelas Khas al-Quran bagi program khatam al-Quran, model PAFA-KAFA dan model kombinasi j-QAF bagi program fardhu ain akan dilaksanakan di fasa lain berdasarkan persetujuan daripada semua pihak yang terlibat. Perkara ini perlu mendapat persetujuan dan penyelarasan terlebih dahulu daripada pihak JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan Yayasan Agama Negeri kerana melibatkan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran di sebelah petang. Selain itu murid-murid yang sama mengikuti kelas-kelas agama yang dikelolakan oleh pihak-pihak tersebut di atas.
Keperluan Tenaga Pengajar
Bagi melaksanakan Projek Rintis, tambahan guru tidak diperlukan. Walau bagaimanapun bantuan daripada guru-guru mata pelajaran lain yang berkebolehan adalah diperlukan. Begitu juga bantuan guru-guru al-Quran dalam masyarakat setempat terutama dalam pelaksanaan model tasmik bagi khatam al-Quran.
Pemantauan
Bagi memastikan Projek Rintis berjalan sebagaimana yang dirancang dan mencapai matlamatnya proses pemantauan akan dijalankan seperti berikut:
para pemantau hendaklah menggunakan instrumen pemantauan yang disediakan oleh pihak JAPIM bagi menyelaraskan laporan pemantauan.
Pelan Tindakan Projek Rintis
Berikut adalah pelan tindakan bagi projek rintis j-QAF tahun 2004.
Pelan Tindakan Projek Rintis
Berikut adalah pelan tindakan bagi projek rintis j-QAF tahun 2004.
Pelaksanaan j-QAF tahun 2005
j-QAF akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2005 berdasarkan hasil dapatan projek rintis dan keputusan pihak Kementerian Pelajaran. Pada tahun 2010 dijangka semua sekolah rendah melaksanakan program j-QAF di setiap peringkat. Ini dapat diperjelaskan dalam carta dibawah:
sumber dari http://ohjqaf.blogspot.com dan http://naspazi.multiply.com
sumber dari http://ohjqaf.blogspot.com dan http://naspazi.multiply.com
No comments:
Post a Comment