Sunday, 27 January 2013
Thursday, 17 January 2013
Thursday, 3 January 2013
BAHAN-BAHAN TERKINI 2013
- Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Arab Tahun 1
- Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Arab Tahun 2
- Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Arab Tahun 3
- Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 1
- Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 2
- Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 3
- Contoh Instrumen Pentaksiran Bahasa Arab KSSR Tahun 3 Kegunaan 2013
- Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 1
- Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 2
- Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 3
- Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 1
- Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 2
- Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 3
- Modul Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 3
Sunday, 30 December 2012
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen
merentas kurikulum yang baharu, iaitu
1)
Kreativiti dan Inovasi,
2)
Keusahawanan,
3)
Teknologi Maklumat dan
4)
Komunikasi
Ianya dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.Monday, 24 December 2012
PANDUAN DASAR PELAKSANAAN J-QAF
1. PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan Seminar Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) pada 3 hingga 5 Mac 2004. Seminar ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada bulan April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat-peringkat.
2. KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program inimenggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;
b. khatam al-Quran;
c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan
d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.
Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al Quran Peringkat antarabangsa Kali ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut tentang khatam al Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan Seminar Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) pada 3 hingga 5 Mac 2004. Seminar ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada bulan April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat-peringkat.
2. KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program inimenggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;
b. khatam al-Quran;
c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan
d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.
Wednesday, 12 December 2012
Wednesday, 28 November 2012
berzikirlah
Jika kamu ingin mengetahui kedudukanmu disisi Allah,
lihatlah bagaimanakah/dimana kedudukan Allah di dalam hatimu
Subscribe to:
Posts (Atom)







