Pages

Sunday 4 August 2013

berikut adalah contoh soalan, topik dan isu yang sering ditanya semasa temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 
1. Apakah sekolah bestari?
2.Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah wawasan?
3. Pelan induk pendidikan.
4. Pedagogi dan strategi serta kaedah PNP.
5. Taksonomi Bloom
6. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan isu KSSR

*Contoh soalan dan topik isu semasa negara 
1. Sistem pemerintahan
2. Pilihanraya
3. Parlimen
4. Sejarah pendidikan negara
5. Isu ICT
6. NKRA
7. Satu Malaysia
8. Sukan
9. Rukunegara
10. Wawasan 2020
11. Misi dan visi pendidikan di Malaysia
12. 9 cabaran guru arus globalisasi
13. Dasar pembangunan negara dan Dasar ekonomi baru.

*Apakah sebab calon-calon guru GAGAL dalam temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ?*
1. Sikap dan personaliti guru : pembawaan diri
2. Kekurangan nilai profesionalisme : terlalu emosional
3. Kekurangan ilmu penetahuan dan kefahaman
4. Kurangnya kemahiran di dalam bidang tugas. *Berikut adalah contoh soalan, topik dan isu yang sering ditanya semasa temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 
1. Apakah sekolah bestari?
2.Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah wawasan?
3. Pelan induk pendidikan.
4. Pedagogi dan strategi serta kaedah PNP.
5. Taksonomi Bloom
6. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan isu KSSR

*Contoh soalan dan topik isu semasa negara 
1. Sistem pemerintahan
2. Pilihanraya
3. Parlimen
4. Sejarah pendidikan negara
5. Isu ICT
6. NKRA
7. Satu Malaysia
8. Sukan
9. Rukunegara
10. Wawasan 2020
11. Misi dan visi pendidikan di Malaysia
12. 9 cabaran guru arus globalisasi
13. Dasar pembangunan negara dan Dasar ekonomi baru.

*Apakah sebab calon-calon guru GAGAL dalam temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ?*
1. Sikap dan personaliti guru : pembawaan diri
2. Kekurangan nilai profesionalisme : terlalu emosional
3. Kekurangan ilmu penetahuan dan kefahaman
4. Kurangnya kemahiran di dalam bidang tugas

Pastikan keadaan kereta sempurna

Dalam beberapa hari lagi, umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri dan buat masa ini mungkin mereka merancang pulang ke kampung halaman.

Bagi yang memulakan perjalanan jauh sempena cuti ini, pastikan keadaan kereta anda dalam ke­adaan sempurna.

Walaupun kenderaan baru diservis di bengkel berdekatan, anda perlu mengambil inisiatif memeriksanya semula bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini.

Berikut beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:

Pemeriksaan tayar
Umpil roda menggunakan bicu dan pusi­ngkan tayar untuk memastikan bunga yang haus adalah sama rata, tiada rekahan atau gelembung, manakala rodanya tidak bergoyang.

Pemeriksaan penjajaran Penjajaran boleh ditentukan sama ada dalam keadaan baik dengan membelok kereta (ketika memandu). Anda akan berasa kereta seperti mahu terbalik atau membuang jika penjajaran tidak sempurna.

Pemeriksaan imbangan tayar Imbangan tayar perlu diperiksa untuk ke­stabilan memandu. Cara mudah mengetahui imbangan tidak sempurna apabila kereta berat ke sebelah kiri atau kanan, di samping sterengnya bergetar.

Pemeriksaan brek Periksa lapik brek (brake pad) dan tukar jika ia menipis atau haus serta tidak rata. Periksa juga minyak brek dan salurannya sepanjang dari tempat menyimpan minyak brek hingga ke roda.

Bagaimanapun, kebocoran brek pada bahagian roda sukar dikesan jika ia kebocoran kecil. Namun, ia boleh dikesan secara menyembur bahagian dalam roda dengan air deras.

air yang disembur akan berbuih jika ada kebocoran. Injap pam brek pada roda perlu diganti baru seberapa segera.

Pemeriksaan lampu brek Kebanyakan pemilik kereta tidak mengambil berat penjagaan lampu brek dan sering membiarkannya jika hanya satu lampu berfungsi atau hanya lampu brek tambahan menyala.

Usah biarkan berterusan kerana boleh menyebabkan kemalangan serius. Tukar mentol lampu brek yang harganya hanya beberapa ri­nggit atau perbaiki pendawaian jika ia adalah punca lampu brek tidak menyala.


Pemeriksaan minyak pelincir Pemeriksaan minyak pelincir perlu dilakukan selepas perjalanan jauh. Ini bagi memastikan ia sentiasa mencukupi dan tidak di bawah paras F (penuh).

Minyak hitam yang kurang boleh menyebabkan semua logam yang bergesel dalam bahagian enjin cepat haus, terutama gelang injap.

Jika minyak silinder terlalu kotor, ia menyebabkan pergeseran kuat. Ini kerana molekul minyak pada minyak hitam yang kotor tidak banyak.

Pemeriksaan bateri Air bateri sedikit sebanyak akan berkura­ngan selepas perjalanan beratus-ratus kilometer, terutama bagi kenderaan yang menggunakan pe­nyaman udara.

Periksa airnya dan pastikan ia cukup. Gunakan hanya air bateri yang berjenama dan dihasilkan syarikat berdaftar.

Air bateri yang kurang berkualiti bukan saja memendekkan hayat bateri, malah menyebabkan masalah lain seperti kerosakan enjin.

Pemeriksaan radiator Pemeriksaan air radiator tidak hanya harus ditumpukan terhadap tangki ‘water coolant’, sebaliknya perlu juga dilihat di dalamnya.
Buka penutup radiator dan mungkin melihat air yang berkarat atau kotoran melekat pada pe­nutupnya.

Air radiator yang berkarat atau kotor perlu ditukar baru.
Cara untuk menukarnya dengan membuka penutup terletak di bahagian bawah radiator dan biarkan air mengalir hing­ga kering.

Kemudian jolok hos paip dan masukkan air ke dalam radiator supaya lebihan kotoran keluar. Tutup semula penutup­nya dan isikan radiator de­ngan air bersih.

Masukkan satu tin kecil penyejuk/pencuci radiator ke dalam tangki ‘water coolant’


sumber;   http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pastikankeadaankeretasempurna/MA/Article/index_html